Selasa, 10 Januari 2012

KEPENTINGAN BELAJAR SENI

Belum lambat rasanya untuk mengucapkan 
selamat tahun baru 2012



Seni visual dan pendidikannya

Seni visual adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana ciri-ciri sesuatu karya seni dipercayai boleh mempengaruhi tanggapan seseorang dari segi sosiologi dan psikologi. Dalam hidup harian, kami sentiasa bertembung dengan barang-barang hasil daripada bidang seni seperti kereta, pen, majalah, makanan dsb. Jadi, bidang ini telah dijadikan sebahgian daripada kurikulum di sekolah dan institut pengajian tinggi. Di Malaysia, subjek "seni visual" boleh diambil oleh pelajar yang menduduki Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Namun, buku rujukan untuk STPM adalah terhad dan cuma sebuah buku yang diterbit oleh Oxford Fajar dijual di pasaran. Kerajaan juga menggalakkan pelajar-pelajar agar mereka menimba ilmu ini melalui internet supaya mereka diperlengkapkan pengetahuan yang mencukupi bagi menduduki STPM. Oleh itu, seorang pengajar tempatan, Chan Kar Weng telah meletakkan maklumat-maklumat seni visual di wikipedia melayu bagi dimanfaatkan oleh semua pelajar. Beliau percaya bahawa cuma dengan adanya sumber ini, pelajar-pelajar baharulah terus mengikuti program seni visual di peringkat sekolah. Subjek ini adalah mustahak kerana ia adalah ilmu asas bagi mereka yang akan mngikuti senireka dalaman, senireka grafik, senireka automobil, fesyen, tekstil dsb.


Ringkasan Faedah Seni Dalam Pembelajaran terhadap kehidupan Seseorang

1.Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kitapakai. Warna yang lembut, terang atau pun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.



2.Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkanlagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang undividu. Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3.Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh.  Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

read more here & here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan