Sabtu, 9 Jun 2012

LUKISAN DIGITAL MENGGUNAKAN MS EXCEL

Cuba perhatikan lukisan dibawah.
Perisian apakah yang digunakan untuk menghasilkan gambar seumpama itu?


Pada mulanya, saya sukar mempercayainya....anda boleh mencuba untuk melukis potret, ikon karton atau doodle/dudel anda sendiri menggunakan ms excel.

Pelajari melukis ikon kegemaran melalui toturial di laman cik Nordani: JOM LUKIS WATAK ANGRY BIRD GUNA EXCEL 
atau mempelajari lukisan doodle anda sendiri melalui tutorial: TUTORIAL MAKE YOUR OWN DOODLE USING MICROSOFT EXCEL 2007

SELAMAT MENCUBA



Selasa, 22 Mei 2012

INOVASI DALAM PENDIDIKAN SENI

Blog seni tampak : Visual Art Education : Art Blogs : Fine Arts : Photo: INOVASI DALAM PENDIDIKAN SENI:


LATIHAN UNTUK MURID YANG FOBIA DENGAN WARNA
Pernah melukis dan mewarna secara freehand menggunakan perisian Photoshop?
Anda boleh mempelajari dengan KLIK tajuk kecil di atas.

PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

Pendidikan Seni visual di sekolah menjurus kepada seni tampak- bidang Melukis dan membuat gambar Membuat rekaan corak Membentuk dan membuat binaan Kraf tradisional.

Estetika dalam Pendidikan Seni Visual
(a) Peniruan (menterjemah secara langsung objek) sebagai Representasi Gambar dan Imej 

(b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi – sedih , gembira 

(c) Menggunakan Kaedah Formalistik - penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa. 

(d) Keaslian- keunggulan idea atau gagasan 


Unsur Seni 
(a) Garisan 

(b) Warna-Warna terdiri daripada; 

1. Warna asas - biru, merah dan kuning

2. Warna sekunder- kuning dicampur biru=hijau. Merah dicampur biru = ungu , kuning dicampur merah = oren 

3. Warna tertier- Warna asas + warna sekunder. 


(c) Jalinan-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. 

Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa.

Jalinan terbahagi dua jenis: 
(i) Jalinan tampak 
(ii) Jalinan sentuh

(d) Rupa-cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa geometri(bentuk yang khusus) 

(e) Bentuk-Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu 

(i) Bentuk ilusi (maya)- dalam bentuk gambar, catan, foto, illustrasi- dalam bentuk dua dimensi 

(ii) Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang 


(f)Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek


Prinsip rekaan terdiri daripada;

1) Harmoni- situasi yang selesa

2) Penegasan- menarik perhatian si pemerhati

3) Imbangan- agihan ruang dari segi kedudukannya

4) Kontra- percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri

5) Pergerakan- sebagai kekuatan imej gambar itu

6) Kesatuan-menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat

7) Kepelbagaian- kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan

Sabtu, 4 Februari 2012

Soalan KRSV 2611/3 Tahun 2012

Kepada calon-calon SPM anda boleh muat turun soalan Kajian Rekaan Seni Visual Kertas 3 Tahun 2012 dari web Lembaga Peperiksaan Malaysia seperti yang tertera di bawah:-


Bagi mendapatkan idea anda boleh klik pada ruangan blog pilihan senivisual/tampak
atau kelaman Pa & Ma
atau anda cadangkan sendiri dan hantarkan cadangan anda di ruangan 'comments' di bahagian bawah artikel ini.

SELAMAT MENCARI IDEA bagi calon PSV SPM 2012

Sabtu, 28 Januari 2012

Pertandingan Mencipta Logo Digital Melaka Anjuran Bahagian K-Ekonomi Jabatan Ketua Menteri Melaka


CetakE-mail
Ditulis oleh Administrator   
Wednesday, 25 January 2012
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian K-Ekonomi Jabatan Ketua Menteri Melaka akan menganjurkan pertandingan mencipta logo Digital Melaka dengan berkonsepkan Teknologi Hijau.
Sehubungan itu, pihak Bahagian K-Ekonomi mengalu-alukan penyertaan daripada tuan / puan untuk menyertai pertandingan ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari : www.emelaka.gov.my .sila klik sini. Tarikh tutup 31 Januari 2012.
Sekian, terima kasih.

Hebahan Pertandingan Mencipta Logo Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

CetakE-mail
Ditulis oleh Administrator   
Tuesday, 10 January 2012
Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.
2.     Sukacita dimaklumkan bahawa sebagai Organisasi baru di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) adalah mempelawa pihak YBhg. Tan Sri / Datuk Sri / Datuk Seri / Datuk / Dato' / Tuan / Puan untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo JPDP.
3.     Sila klik disini atau ke laman web: http://www.kpkk.gov.my (Kementerian  Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) untuk maklumat lanjut.
Sekian terima kasih.

Selasa, 10 Januari 2012

KEPENTINGAN BELAJAR SENI

Belum lambat rasanya untuk mengucapkan 
selamat tahun baru 2012



Seni visual dan pendidikannya

Seni visual adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana ciri-ciri sesuatu karya seni dipercayai boleh mempengaruhi tanggapan seseorang dari segi sosiologi dan psikologi. Dalam hidup harian, kami sentiasa bertembung dengan barang-barang hasil daripada bidang seni seperti kereta, pen, majalah, makanan dsb. Jadi, bidang ini telah dijadikan sebahgian daripada kurikulum di sekolah dan institut pengajian tinggi. Di Malaysia, subjek "seni visual" boleh diambil oleh pelajar yang menduduki Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Namun, buku rujukan untuk STPM adalah terhad dan cuma sebuah buku yang diterbit oleh Oxford Fajar dijual di pasaran. Kerajaan juga menggalakkan pelajar-pelajar agar mereka menimba ilmu ini melalui internet supaya mereka diperlengkapkan pengetahuan yang mencukupi bagi menduduki STPM. Oleh itu, seorang pengajar tempatan, Chan Kar Weng telah meletakkan maklumat-maklumat seni visual di wikipedia melayu bagi dimanfaatkan oleh semua pelajar. Beliau percaya bahawa cuma dengan adanya sumber ini, pelajar-pelajar baharulah terus mengikuti program seni visual di peringkat sekolah. Subjek ini adalah mustahak kerana ia adalah ilmu asas bagi mereka yang akan mngikuti senireka dalaman, senireka grafik, senireka automobil, fesyen, tekstil dsb.


Ringkasan Faedah Seni Dalam Pembelajaran terhadap kehidupan Seseorang

1.Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kitapakai. Warna yang lembut, terang atau pun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.



2.Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkanlagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang undividu. Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3.Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh.  Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

read more here & here